Sabtu, 14 Julai 2012

HISHAMUDDIN JANGAN BERBOHONG


Kadar jenayah meningkat,.. bukan menurun!!
 
Datuk Seri Hishamuddin Tun Husein berbohong atau bercakap benar? Selaku Menteri Dalam Negeri beliau semestinya  wajib lebih bertanggung jawab !  Jangan cuba berbohong mengatakan kadar jenayah di Negara ini semakin menurun, walhal semakin meningkat!!

 Kita pun merasa hairan,.. hari-hari akhbar memaparkan kejadian jenayah, seperti ragut, rogol, bunuh, pukul dan tetak, cincang mayat, bakar mayat, malah bakar mayat hidup-hidup pun pernah berlaku. Maka dimana lojiknya  kerajaan mengumumkan  indeks kadar jenayah negara menurun 10.1%  bagi tempoh Januari hingga Mei 2012,  berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Kadar jenayah di Negara ini semakin meningkat,.. bukannya semakin menurun!! “ Demikian kata Tan Sri Musa Hasan dalam satu kenyataannya kelmarin. Sebagai bekas Ketua Polis Negara sudah tentu beliau  layak atau mempunyai autoriti  untuk bercakap soal keselamatan dan jenayah yang berlaku dalam Negara. Beliau seterusnya mengingatkan kerajaan (mungkin ditujukan kepada Hisham),  supaya tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

Naib Presiden PAS  Datuk Mahfuz Omar pula dalam satu kenyataannya,  beliau mencabar Menteri Dalam Negeri itu agar berani berdebat dengan Tan Sri Musa untuk mencari dan menegakkan kebenaran!  Hasilnya sudah tentu rakyat  boleh membuat penilaian siapakah yang bercakap benar !  siapa pula yang berbohong!. Beranikah Hisham? Atau sama macam Najib, menjadi lelaki tak bertelur !!

oleh : rahimothman


1 ulasan: