Sabtu, 7 Julai 2012

Harapkan pagar, pagar makan padi,..


Seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijatuhi hukuman penjara 13 tahun serta denda RM2.275 juta oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam kerana kesalahan rasuah tiga tahun lepas.                                                                       
Tertuduh M. Mohan, 39, telah meminta suapan wang tunai RM250,000 daripada A. Sinnaiah, sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas lelaki itu kerana disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen. 
 
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Mohan, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah. Beginilah yang sering berlaku di Malaysia,.. terlalu ramai pegawai yang tidak jujur,. Mereka mengambil kesempatan atau peluang yang terhidang didepan mata untuk mengisi temolok sendiri. Memang tak boleh diharap!,  Harapkan pagar,  pagar makan padi.

Dalam perkara-perkara lain pun sama.  PDRM yang diharap menjaga ketenteraman awam tetapi membuat provokasi untuk menimbulkan kekecuhan seperti yang berlaku dalam himpunan BERSIH. Umno yang diharap menjaga kepentingan orang Melayu tetapi mereka yang banyak menghakis keistimewaan tersebut.  Begitu juga dalam hal agama.  Umno yang mengaku mempertahankan Islam tetapi mereka jugalah  yang memperkotak-katikkan agama anutan majoriti rakyat Malaysia itu.  

Oleh : rahimothman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan