Khamis, 26 Julai 2012
Kerajaan Harus minta Maaf
Mahkamah sudah pun membuat pengesahan bahawa “BERSIH” bukan pertubuhan haram, Namun walaupun agak lewat sikit pengistiharan ini, nasi masih belum menjadi bubur !!!
Perjuangan BERSIH dirasakan sudah sedikit terbela,.. kesakitan dan kepedihan peserta BERSIH bagaikan baru mendapat ubat penawar ! Dan adalah diharapkan pihak berwajib akan benar-benar bertanggung jawab selepas ini. Kepada yang cedera wajar diberikan pampasan!!
Sebagai satu pengajaran,, lain kali kerajaan jangan ‘serkap jarang’ atau menghukum sebelum sesuatu perkara itu diputuskan bersalah, kerana itu adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak beretika. Dalam hal ini, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan perbuatan siapa yang tanggung?? Tak pasal pasal rakyat yang tanggung!!
Kerajaan perlu belajar dari kesilapan ini dengan memohon maaf kepada penggerak BERSIH serta seluruh peserta perhimpunan BERSIH di atas tindakan kasar, ganas dan keterlaluan yang dilakukan oleh pihak PDRM dalam semua perhimpunan BERSIH sebelum ini. Kalau tidak, kerajaan Najib akan selama-lamanya dicop oleh rakyat sebagai kerajaan yang zalim, pembohong dan sombong!
Sanggupkah Najib selaku Perdana Menteri dan Hishamudin selaku bos Kementerian Dalam Negeri yang bertanggung jawab tentang perilaku polis meminta maaf kepada 28 juta rakyat Malysia? Kita nak tengok beranikah dua menteri sepupu ini mengambil sikap gentleman !
Oleh : rahimothman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan