Jumaat, 6 Julai 2012

Mungkinkah Seekers sudah bersedia kemahkamah?


Harap tidak ada gulungan lurus bendul atau pengampu melampau,..

Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Hussein Al-attas telah ditahan oleh pihak polis kelmarin ekoran  penyiaran beberapa  artikel dalam blognya, yang dikatakan berbaur hasutan, provokasi dan mengaibkan kerabat Sultan Johor.

Keberanian Uncle Seekers (gambar) mendedahkan cerita-cerita sensasi melibatkan kerabat Johor, termasuk Tengku Mahkota bukanlah sesuatu yang pelik atau mengejutkan! Kadang-kadang tindakan orang yang  dianggap gila-gila itu ada kebenarannya! Tentu ada sebab kenapa beliau berani membuat pendedahan tersebut.  
 
Kalau TMJ beranggapan semua cerita itu adalah fitnah atau sengaja ingin memburukan diri dan keluarganya eloklah perkara ini dipanjang ke mahkamah! Berani kerana benar,. takut kerana salah!  Menuduh individu berkenaan atau mana-mana manusia sebagai “anjing” adalah keterlaluan!! kerana setiap insan yang Allah jadikan di muka bumi ini adalah sama. Yang membezakan darjat sesama manusia ialah ketaqwaan kepada Allah,  bukan ketaatan melulu kepada Raja atau pemerintah!

Berbalik kepada soal maruah atau kedaulatan. Apakah TMJ berani menyaman Uncle Seekers dimahkamah untuk menegakkan kebenaran?  Kalau berani dan TMJ merasakan dirinya dipihak yang benar,..silakan!  Bagi Uncle Seekers pula nampaknya beliau macam tak kisah bila ditangkap.  Mungkin beliau mengambil sikap,.. berani kerana benar  dan  berani buat berani tanggung !  Apa-apa pun sebaik-baiknya biarlah  mahkamah saja yang menentukannya. Kita tunggu dan lihat nanti !

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan