Semasa taklimat kepada semua parti-parti politik bagi
menghadapi PRU ke-13 kelmarin, Pengerusi
SPR(Suruhanjaya Pilihan Raya) Tan Sri Abd.Aziz Yusuf menyatakan rasa kesalnya kerana
sebelum ini ada pihak-pihak yang mendakwa PRU-ke13 akan datang ini adalah PRU
yang paling buruk dalam sejarah.
Menurutnya, tuduhan sebegini tidak wajar, kerana SPR telah
dan sedang berusaha membuat beberapa perubahan agar PRU ke-13 nanti akan menjadi
pilhanraya yang paling bersih dan terbaik.
Ini diperkuatkan lagi dengan penggunaan dakwat kekal, yang beliau
sendiri memberi jaminan, confirm akan dilaksanakan !!
Alahai Tan Sri ! janganlah nak megah sangat dengan pelaksanaan
dakwat kekal ! Itu baru satu perlapan
dari tuntutan BERSIH!, yang lain-lain tu bagaimana? Yang paling penting senarai
daftar pemilih !, sudahkah dibersihkan senarai pengundi hantu yang sudah begitu
lama bersarang dalam daftar?
Begitu juga ratusan ribu rakyat asing yang
sewenang-wenang didaftar sebagai pemilih. Ada dato’ sebut perkara ini dalam taklimat?? Apa-apa pun mari kita berbaik sangka dengan
SPR ! Harap-harap biarlah PRU kali ini
akan menjadi PRU yang terbaik dalam sejarah seperti yang dijamin oleh Tan Sri.
Oleh : rahimothman
Cakap pembohong paling bangang dalam dunia.Suruhanjaya Penipu Rakyat (SPR )
BalasPadam