Benarkah
akta ISA sudah dihapuskan atau ia hanya mainan politik BN? Memang kita ada mendengar, Najib ada menyebutnya di majlis-majlis
tertentu termasuk di parlimen!. Kononnya
ISA sudah pun diganti dengan satu akta baru yang lebih baik tetapi khabarnya
akta baru itu lebih teruk dari ISA yang sedia ada.
Apa-apa pun
kita merasa kesal kerana pengumuman Najib tentang penghapusan ISA ini dibuat
macam melepaskan batuk ditangga saja.
Pengumuman itu seolah-olah untuk pengetahuan parti pembangkang saja! Kenapa
tidak dihighlightkan secara berterus-terang,
telus yang lebih meluas untuk pengetahuan umum? Najib bagaikan ada
menyimpan muslihat tertentu !!
Seperti yang
kita maklum, memang ada tahanan yang sudah dibebaskan,.. tetapi kalau akta ISA
sudah dihapus kenapa masih ada 45 orang yang ditahan di Kem Tahanan Kemunting
Taiping? Menurut laporan keluarga mangsa sudah bertalu-talu mengadap, menyembah
dan melutut kepada pihak berwajib untuk di lepaskan mangsa-mangsa tersebut,
tetapi ia berakhir dengan kehampaan.
Ibu, ayah,
isteri dan seluruh keluarga mangsa sampaikan kekeringan air mata menangisi
orang tersayang yang didera oleh pegawai kem tahanan yang tidak berhati
perut,. Mengharapkan Hishamudin menteri
yang bertanggung jawab dan mempunyai kuasa untuk membebas, juga
kecewa ! Ia bagai menunggu buah tak
gugur! Kasihaann !! begitulah derita
yang di tanggung oleh mangsa dan keluarga mereka!!
Ayuh seluruh
rakyat Malaysia. Kita buang kerajaan
zalim ini!,..kita runtuhkan kerajaan yang rasuah! Kita sudah sekian lama ditipu
oleh kerajaan yang hanya berpura-pura,
hakikatnya mereka lebih ghairah mengisi poket sendiri dan kroni !! .
Dalam PRU ke-13 nanti, jom kita X
calun Pakatan Rakyat!!
Oleh :
rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan