Malaysia semenjak
zaman Mahathir hinggalah kehari ini boleh dicop sebagai sebuah negara rasuah.
Malaysia dengan rasuah ibarat isi dengan kuku,
atau bagai langau dengan bangkai !. Kenapa ini berlaku? Sudah tentu ia
bertitik-tolak dari Perdana Menteri Malaysia ke-4 Tun Mahathir. Tun lah yang telah menyemai dan menanam benih
rasuah itu sejak mula lagi! Kini budaya
Rasuah telah hidup dengan subur di bumi Malaysia! sehinggakan badan pencegah rasuah
sendiri(SPRM) baru-baru ini pegawainya
terlibat dengan rasuah!
Kalau pemimpin
nombor wahid Negara main rasuah, maka tidak hairanlah menteri-menteri
bawahannya turut sama menyukai rasuah. Dan begitulah juga dengan
pegawai-pegawai tinggi kerajaan, Ketua-ketua Jabatan, Pengarah atau Timbalan
Pengarah syarikat-syarikat atau syarikat GLC,
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),
malah pegawai-pegawai rendah juga pernah didakwa kerana rasuah!
Terbaru, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
(CEO) Kumpulan Sime Darby Bhd. (Sime Darby), Datuk Seri Ahmad Zubair @ Ahmad
Zubir Murshid (gambar) telah didakwa atas dua tuduhan pecah amanah lebih RM100
juta terhadap dana syarikat itu dalam projek pembangunan tanah adat Sarawak,
empat tahun lalu. Namun beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.
Bila masaalah najis
rasuah ini akan selesai? Jawapannya ada ditangan rakyat Malaysia! kerana hanya
seluruh rakyat Malaysia saja yang boleh mengubahnya! iaitu dengan menukar
kerajaan! Kita tumbangkan kerajaan
UmnoBn yang rasuah, yang zalim, menyeleweng dan tidak telus itu! Mari kita menyokong pula kerajaan baru,
kerajaan PAKATAN RAKYAT yang
sudah bersedia untuk ke Putrajaya. Justeru,
pastikan kita mengundi PAKATAN
RAKYAT dalam PRU ke-13 nanti !! Semoga dengan perubahan ini akan menjadikan
Malaysia sebuah negara yang bersih, adil dan dinamik!!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan