Tidak
wajar, rakyat tidak selamat di Negara sendiri!
Budaya
ugut mengugut ini biasanya budaya ganster atau budaya samseng!! Terbaru,.seperti yang dilapor, Dato’ S.
Ambiga bekas Pengerusi Majlis Peguam,
merangkap Pengerusi bersama Himpunan BERSIH telah menerima ugutan bunuh
melalui SMS oleh orang yang tidak dikenali.
Selama
ini kita tak pernah dengar ada pemimpin atau penyokong Umno menerima ugutan
bunuh,.. tetapi akhir-akhir ini kita kerap dengar pemimpin Pakatan Rakyat
mahupun penyokongnya menerima berbagai –bagai ugutan termasuk ugutan bunuh. Ini
kerja siapa? Hati penulis kuat
mengatakan yang ugutan itu dibuat oleh pengikut atau balaci-balaci parti chop
keris telanjang !! kerana selama ini budaya samseng mereka cukup menyerlah!!
Inilah
hasil tarbiah kerajaan UmnoBn kepada rakyatnya. Siapa kuat dia dapat,.. siapa berani dialah
raja. Rasa perkauman dan dendam sesama rakyat Malaysia sepatutnya semakin
terhakis, tetapi ia semakin tebal dan subur !! Hakikatnya, selama 54 tahun BN memerintah
tak banyak perkara baik yang boleh dibanggakan!, kerana cerita-cerita negatif
telah mengambil tempat nombor wahid!
Contohnya,..cerita bunuh!, cerita dadah, cerita fitnah, cerita rogol, cerita
zina, cerita buang anak dan sebagainya. Hari-hari di dada akhbar, kita dihidangkan dengan berita-berita atau
perkara negatif.
Rakyat
Malaysia sepatutnya menjadi orang yang bertanggung jawab, berintegriti, maju
dan bertamaddun, bukan berdendam dan menyuburkan budaya ugut mengugut ! Rakyat Malaysia sepatutnya sudah boleh
mengenal antara yang hak dan yang bathil, antara yang baik dan yang yang
buruk!! Tidak patut dan tidak wajar mereka
yang menganggap diri mereka kuat, mengugut
rakyat biasa, melainkan gangster
mengugut gangster atau samseng mengugut samseng !!!
Semangat
Muhibbah yang suatu ketika dulu subur,..kini macam sudah kendur dan kabur! Ia seperti tidak penting lagi. Siapa punya
kerja ini? Siapa lagi kalau bukan parti yang suka mendabik dada,..parti cap
keris! Mereka ini bukan saja terkenal
sebagai pembakar atau pelopor semangat perkauman.! ada ketikanya mereka boleh bertindak menjadi
kaki pukul !
Sia-sia
saja kerajaan mewujudkan Rukun Negara
kerana prinsip rukun Negara yang kelima – kesopanan
dan kesusilaan telah diketepikan oleh mereka yang memegang budaya samseng. Mereka tidak mengkhayati dan tidak mempraktikkannya lagi! Maka tinggallah ia menjadi slogan-slogan
indah yang kaku dan tak membawa erti!
Oleh
: rahimothman
Akhbar mana yang ambil tindakan jual berita sensasi begini....akhbar pun tak bertanggungjawab di Malaysia ni...
BalasPadam