Rakyat
sekarang mahukan sebuah kerajaan yang adil dan telus serta ikhlas membantu
rakyat !
Sudah menjadi kelaziman dan sudah diketahui umum bahawa lidah pemimpin Umno bercabang dua macam lidah
biawak! Maknanya bila bercakap sukar
untuk dipercayai. Ini termasuklah semasa mereka masih memegang jawatan mahupun setelah
bersara.
Dalam bab “berbohong” atau tidak bercakap benar ini yang
menduduki ranking teratas ialah Tun Dr Mahathir mantan PM, kemudian PM Najib
dan diikuti menteri Dalam Negeri Hishamudin Tun Husien. Dalam isu BERSIH Najib dan
Hishamudin pernah berdolak dalik,.. sekali kata dibenarkan, sekali kata tidak. Sekali kata BERSIH diizin menggunakan stadium
Merdeka, sekali kata tidak!!
Begitu dengan AUKU,. kata nak dihapuskan, tidak
juga! Akta ISA pun sama,
kata nak campak kelaut, tapi masih
ramai yang kekal dalam tahanan ! Ini
sekadar beberapa contoh , banyak lagi sebenarnya!!
Mari kita lihat pula yang ini. Dr Mahathir(DrM), semasa menjadi PM dulu cakapnya
lain, dan sesudah bersara cakapnya lain pula, berputar 360 darjah. Kalau nak
bercakap soal pembohongan Mahathir dulu dan sekarang rasanya banyak sangat
! tak cukup sepulah mukasurat! Persoalannya,..kenapa setelah pencen baru berani
cakap?, kononnya UmnoBn sekarang banyak
yang tak betul,.., sana senget, sini sumbeng dan macam-macam lagi,…kesalahan
diri sendiri tak pernah Tun nak mangaku!!. Tak cukup dengan lidah
bercabang,.. Tun sekarang sanggup
membelit macam ular sawa, lebih-lebih
lagi terhadap SD Anwar!
Ini seorang lagi,.. Musa Hasan
bekas KPN. Dulu semasa masih berkhidmat, dengan selamba dan bersahaja tapi berberiya-iya
dalam mempertahankan pendirian, kononnya
semua tindakan dan kenyataannya benar!! Walhal orang ramai sangat maklum! kerana
beliau pernah jadi pengangkat tilam yang kononnya ada kesan ….. semata-mata untuk memerangkap Anwar
dalam isu liwat 1998. Baru-baru ini pula
beliau dengan berani menyanggah kenyataan Menteri Dalam Negeri (Hishamudin)
yang menyatakan kadar jenayah sudah menurun !
Sedangkan beliau sendiri tetap menyatakan kadar jenayah semakin
meningkat !!! bukan menurun seperti didakwa.
Dalam hal ini siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong? Yang pasti
kedua-duanya sering tidak bercakap benar !
Akhir-akhir ini ramai bekas
pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang bersara kemudian menyertai PAS atau PKR. Kerana apa? Ini menunjukkan mereka terasa bebas setelah
bersara. Ini juga membuktikan mereka
sebenarnya menentang dasar-dasar kerajaan yang zalim, mengongkong dan
mencengkam selama ini! Mereka baru sedar
corak pemerintahan UmnoBn amat bertentangan dengan fitrah manusia! fitrah rakyat!! Rakyat yang baik dan perihatin sentiasa
inginkan keharmonian, perpaduan yang luhur, keadilan yang sejati, - dari sebuah kerajaan yang jujur lagi telus!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan