Isnin, 23 Julai 2012

Mengimbau kembali perpecahan Umno paling besar !

BERSERABAI ATAU HURA-HARANYA UMNO ADALAH ANGKARA MAHATHIR!   IA BERMULA PADA 1998  APABILA MAHATHIR MENGGUNAKAN  TAKTIK KOTOR DAN  LICIKNYA !!  MAHATHIR MENUKAR DENDAM   PERIBADINYA MENJADI  DENDAM PARTI UMNO KEPADA ANWAR!    AKHIRNYA SEMUA AHLI UMNO TERTIPU!!!  

SAMPAI KIAMAT PUN DENDAM DAN BUSUK HATI MAHATHIR PADA ANWAR TAK AKAN HABIS!!!   BERBALOIKAH?   ANWAR DIMALUKAN,  DIPENJARA  DAN DIPUKUL,   HANYA  KERANA DOSANYA MENENTANG  KECURANGAN MAHATHIR ??
 
Menurut sejarah,  Dr Mahathir lah orang yang telah membawa masuk DS Anwar kedalam parti  Umno.  Oleh kerana Anwar seorang yang hebat dan berkarisma maka nama beliau cepat sekali melonjak menjadi tokoh politik yang disegani oleh kawan dan lawan.  Akhirnya Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu tidak ragu-ragu lagi untuk melantik DS Anwar Ibrahim sebagai Timbalannya.  Tetapi akhirnya Mahathir jugalah yang memecat dan menyingkirkan Anwar dari Umno dan kerajaan! Maka mulai dari saat itu bergelora dan bercelarulah suasana politik di Malaysia,  manakala hari ini,  Najib pula  dilihat menambah buruknya lagi keadaan!!  

Kenapa Mahathir pecat Anwar ?   Puncanya mudah!  Sebab Anwar menentang kehendak peribadi   Mahathir  Mahathir pantang sekali ada orang menghalang kemahuannya. Anwar,pula melihat ada ketidakwajaran atau kecurangan yang cuba dilakukan oleh Mahathir, lalu Anwar menentangnya secara berdepan!  Anwar tegas dengan pendiriannya yang beliau menentang rasuah dan menentang salahguna kuasa,  walaupun bosnya sendiri, Mahathir.

Mahathir yang menyangka Anwar boleh diharap menyokong dan melindungi kepentingannya dalam kerajaan dan luar kerajaan rupa-rupanya tidak.  Anwar bukan manusia lurus bendul!, Anwar bukan jenis pak angguk atau kerbau yang boleh dicucuk hidung !  Beliau sanggup mengambil risiko dengan menentang kehendak Mahathir yang dianggapnya tidak wajar dan tidak adil,  terutama dalam bab urus tadbir Negara !!

Oleh kerana Mahathir malu kepada diri sendiri disebabkan timbalannya orang baik-baik  dan dalam masa yang sama Mahathir tidak mahu keburukan dan kecurangannya terbongkar maka beliau merancang sesuatu untuk menjatuhkan Anwar.  Lalu dengan melibatkan satu team konspirasi peringkat tertinggi seperti Mahkamah, PDRM, Hospital dan lain-lain,  Anwar dituduh meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar.  Satu Malaysia, malah satu dunia Mahathir mencanang keburukan Anwar iaitu meliwat.  Mahathir menghasut rakyat !, mengajak rakyat dan orang Umno khasnya supaya membenci dan mengutuk Anwar. Gulungan Melayu yang bangang, yang suka mengampu dan yang suka rasuah sokong Mahathir,   manakala gulungan Melayu yang cerdik,  yang baik, yang tak suka fitnah dan tak suka rasuah sokong Anwar,…hinggalah hari ini

Maka dengan alasan Anwar kaki liwatlah Mahathir memecat dan melucutkan Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.  Hari-hari nama Anwar terus dibusuk dan diaibkan!  Akhirnya Anwar diheret ke Mahkamah dan seterusnya disumbat kedalam penjara Sungai Buluh. Confirm Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri yang pertama masuk penjara kerana fitnah jahat seorang Perdana Menteri busuk bernama Mahathir!!   PM Mahathir merancang !  Allah juga merancang! Tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Lihat hari ini!  di mana Allah meletakkan martabat DS Anwar?  Mahathir yang sepatutnya berihat,.. kepanasan dalam persaraan!  dan Umno terus dilanda musibah!!

Sesungguhnya dari awal lagi!, Anwar tiada masaalah dengan Umno sebenarnya. Yang menjadi masaalah dan yang mencari masaalah ialah Mahathir. Sedangkan Anwar ialah orang yang mahu menyelesaikan masalah, disamping menentang kepalsuan dan kemungkaran !  Mahathir pula jenis tak mahu berjalan lurus,.degil nak mampuss !! Sebab itulah dendamnya pada Anwar tak habis-habis!.  Dan hari ini Mahathir dah macam orang meroyan !  macam orang sawan babi pun ada !!  Dia takut benar kalau-kalau Anwar dan Pakatan Rakyat sempat merehatkannya di Penjara Sungai Buluh !!   Ini yang sering menghantuinya!
Oleh : rahimothman

1 ulasan:

  1. mahathir adalah ejen freemason...anwar pula pada tahun 1998 adalah tokoh islam malaysia...so...fham2lan...ibarat dajjal menyingkirkan mahdi dan isa..

    BalasPadam