Ia
seolah-olah mengingatkan orang Melayu – bersedialah untuk berperang!
Selepas fitnah
& pecat Anwar kenapa tak ramal yang Umno akan bungkus?
Mahathir
kata Pakatan Rakyat akan membuat
kacau bilau jika kalah dalam PRU ke-13 nanti. Itulah ramalan dan tuduhan si tua
penghasut, si tua penakut dan si tua penipu ini. walhal sejarah telah membuktikan bahawa Umnolah yang biasa buat kerja begitu,.
bukan PR (contoh-peristiwa 13 Mei)
Ramalan
Mahathir yang bersifat tuduhan dan ugutan ini amat bahaya, kalau tak dibendung pasti memberi kesan
nagatif. Ia bertujuan untuk menakut
-nakutkan rakyat agar tidak menyokonmg Pakatan
Rakyat, .
Ia
juga merupakan satu muslihat atau message pemimpin Umno kepada pengikutnya agar bersedia untuk bertumpah
darah! Begitu jahatnya niat dan
perancangan pemimpin Umno untuk mengekalkan kuasa ,.namun sebagai rakyat
malaysia telah cukup matang, cintakan kedamaian, marilah kita berdoa, meminta
perlindungan Allah agar negara kita sentiasa dalam keadaan terkawal dan
selamat.
Berbalik
kepada tuduhan dan ramalan Mahathir, Pakatan Rakyat akan menimbul suasana
hura-hara jika kalah dalam PRU ke-13. Boleh
percaya ke ramalan orang tua gayut ini? Dulu setelah dia memecat dan memfitnah Anwar
kenapa Mahathir tidak meramalkan yang Umno akan lumpuh dan runtuh dek kerana
perbuatannya itu? Nampak sangat tuduhan dan ramalan Mahathir tak boleh pakai !!
Sebenarnya
tahap ketakutan Mahathir sudah sampai keparas 200%, sebab itu beliau macam orang gila babi
sekarang. Usia tuanya sepatutnya
dihabiskan untuk amal ibadah, tetapi dia lebih suka menyasau dan meracau,..
lalu tunggul dilihatnya macam muka
Anwar, Bayang sendiri disangkanya hantu ! Kenapa ini berlaku? kerana
Mahathir tak boleh terima rakyat Malaysia telah gila-gila menyukai Pakatan Rakyat. Orang ramai
berduyun-duyun menyokong kerajaan baru yang terbukti berjaya memerintah di lima negeri.
Rakyat benci Umno, benci
Mahathir, apa Mahathir dah buat?
Apa
yang berlaku hari ini adalah ketentuan Allah,..atau pembalasan dari Allah! Mahathir buat-buat lupa dia pernah memecat DS
Anwar dari Umno, dia pernah memecat DS Anwar dari jawatan Timbalan Perdana
Menteri. Dan yang paling berat beliau
telah membuat fitnah besar – menuduh Anwar seorang peliwat !, malah banyak lagi
tuduhan yang semata-mata mahu mengaibkan Anwar!
Apa
lagi yang Mahathir dah buat? – Paling utama yang Mahathir buat ialah dia
mengkayakan keluarga dan krono! Kemudian
dia membelanjakan wang Negara dengan cara yang sangat boros! Dia buat projek
yang hebat-henat supaya dunia memandang tinggi walaupun rakyat hidup
susah! Dia hakis kuasa Raja2 Melayu
untuk kepentingan politiknya, dia kikis hak istimewa orang Melayu untuk
kepentingan diri dan kroni, dia rosakkan
sistem kehakiman dan perundangan negara ini untuk terus berkuasa. Demikianlah
rakusnya Mahathir, .seorang PM (dulu)
yang mahu rakyat sentiasa menganggapnya hebat!!
Hakikat
sebenar semua yang Mahathir dah buat terlalu banyak buruk dari baiknya! Gaya atau stail kepimpinannya kini diwarisi
pula oleh Najib. Maka hari ini rakyat menjadi bertambah benci kepada Umno dan
BN. Pakatan Rakyat pula telah membuktikan mereka boleh mentadbir negeri dengan
baik, sebagaimana yang berlaku di Kelantan Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Bodohlah rakyat kalau masih mahu duduk di bawah rejim UmnoBn. UmnoBn sekarang
ibarat harimau tua jatuh gaung atau iklan paus tersadai di pantai !,. nazak menunggu maut!!
Justeru,
Mahathir janganlah menjadi bodoh, dengan
memaksa rakyat agar menyokong UmnoBn. Rakyat sudah cukup kenal dengan
Mahathir Muhamad cucu Kutty ini. Beliau pemimpin yang rakus, tamak, pemimpin batu api, pencetus perkauman, perosak sosial, perosak budaya dan ekonomi!
Oleh
: rahimothman