Ahad, 10 Jun 2012

Allahhuakbar !!! Hidup Melayu !!!,. mana lebih baik?


Dalam satu forum kelolaan Sinar bari-baru ini,
Mufti Perak Dato’ Seri Harussani Zakaria mendakwa ungkapan “Takbir” !! dan disambut  dengan “Allahhuakbar” oleh ahli-ahli PAS adalah tidak wajar,  kerana tak kena  tempat ,..katanya.

Duhai Tok Mufti yang bijaksana! Anda jangan berprasangka buruk!  Orang PAS tak akan sebut dan tak pernah sebut ungkapan “Allahhuakkbar” di dalam tandas!  di stesyen bas,  di pasar malam, di majlis harijadi atau dimana-mana konsert konsert termasuk pesta tarian k-pop. Orang PAS itu jiwa dan rohnya Islam, tidak sejahil orang Umno.

Nampak sangat Mufti pro Umno ini nak mengutuk dan memperlekeh amalan dan kebiasan PAS selama ini.  Tidak pulak beliau  memberi komen tentang kewajaran Umno yang sering melafazkan “Hidup Melayu” ! Hidup Umno! 
Apakah itu wajar?  Apa yang kita faham perjuangan Umno adalah berlandaskan Asabbiyah, jadi ungkapan tersebut memang selari dengan semangat dan dasar perjuangan Umno. 

Kalau ditanya kepada Tuan Mufti ini  adakah laungan “Hidup Melayu” yang diamalkan oleh Umno itu wajar? pasti beliau tercungap dan tergagap untuk menjawab!  Dan jika ditanya mana lebih baik antara menyebut kalimah “Allahhuakbar”  dengan “Hidup Melayu” pasti dia akan terkebil-kebil, mungkin juga terkedu,  tak boleh nak menjawab. Kenapa jadi begitu? mungkin kerana Umno telah banyak mengajarnya menipu.

Sebenarnya tak ada satu manusia Islam akan berkata Ungkapan “Hidup Melayu” itu lebih baik dari ungkapan “Allah Maha Besar” Sebagai seorang Islam ungkapan ini sungguh bermakna!  Sentiasa mengingatkan diri kita tentang kebesaran Allah,  sentiasa mendekatkan diri kita dengan Allah sebagaimana dilakukan dalam sembahyang.

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan