Jumaat, 15 Jun 2012

Beranikah warga asing turut mengundi,..


sebagaimana beraninya Mat-mat Bangla ini turun bersama himpunan anti BERSIH tajaan Umno tempoh hari?  
Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang merangkap ketua umum parti  PKR memberi amaran,.. jika warga asing berani turun mengundi dalam pilihan raya akan datang ini,  mereka akan dikenakan tindakan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan nanti.

Amaran ini ditujukan kepada semua pendatang asing, termasuk Mat-Mat Bangla  yang berselerak di seluruh negara .Tentu kita masih ingat dalam himpunan anti BERSIH 2 dulu, Mat Bangla telah dipergunakan oleh Umno dalam himpunan anti BERSIH 2  yang dipimpin oleh Khairy Jamaludin tidak berapa lama dulu.(lihat gambar sebelah)
 
Untuk PRU 13,  walaupun mereka ini ada kad pengenalan biru yang disedekahkan secara tidak sah, hakikatnya mana-mana pendatang asing adalah  tidak layak untuk mengundi, namun jika mereka berani turun mengundi pada hari tersebut, maknanya mereka telah mempermainkan undang-undang negara,.  sekali gus merampas hak rakyat Malaysia  dan perkara ini tidak harus dibiarkan !! .

Seperti yang telah didedahkan oleh pembangkang dan blogger-blogger pro pembangkang, ratusan ribu warga asing telah diberi kad pengenalan biru dengan begitu mudah,  oleh tangan-tangan ghaib yang berselindung di sebalik SPR dan JPN. Tujuannya memang sudah pasti,..bagi  membolehkan mereka mengundi untuk memenangkan calun UmnoBn. Perbuatan ini adalah sangat tidak adil!!

Persoalannya,..   Kalau warga asing ini turun mengundi pada PRU ke-13 nanti, apakah kita rakyat Malaysia hanya berdiam diri?.  Siapa yang mampu menyekat atau menghalangnya?  Mungkinkah agen parti-parti tertentu dibenarkan untuk mengambil sesuatu tindakan? Atau perlu wujud satu badan berkecuali untuk mengawasi perkara ini !  (Bukan dikalangan SPR,  kerana SPR adalah sebahagian dari Umno !! )  

Oleh : rahimothman


2 ulasan:

  1. by hook or by crook pastikan warga asing tersebut dihalang memasuki bilik mengundi....dari sekarang kita kena merancang... agih2kan tugas tu kalau berlembut dia org x patuh kita guna kekerasan...yang penting jangan beri mereka peluang utk mereka memangkah

    BalasPadam
  2. MASALAHNYA polis akan menyebelahi mereka pendatang asing ini ,alasannya mudah mereka ada k.p dan berdaftar untuk mengundi.jadi kalau bolih cari undang undang yang mengatakan pendatang asing yang mempunyai k.p ini tidak bolih mengundi,baru bolih berlawan dengan umno dan polis masa hari mengundi kalau tak ada dalam undang-undang mengatakan mereka tidak layak menundi maka sukar untuk menahan mereka dari mengundi .kecuali kita ketok kepala mereka !

    BalasPadam