Mungkin
ada 20% lagi Melayu yang belum cerdik termasuk Rais Yatim. Maka berkatalah beliau,…Masyarakat Melayu harus bersatu demi
kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang bagi memastikan
hak mereka tidak diketepikan pembangkang,
Dah terbukti di empat negeri, PR membantu orang
Melayu, manakala kaum lain juga tidak diketepikan. Apa lagi yang Rais mahu?
Oleh kerana dia ni tak berapa cerdik,
sampai bila pun dia tak akan faham
Bila
masa Anwar mengucapkan kata-kata dia tak
sayang Melayu? sedangkan Anwar sendiri berbangsa Melayu. Dan bila masa pula Anwar melafazkan kata-kata
dia tak sayang system beraja dan tak sayang budaya Melayu. Kalau kamu dan
kerajaan Umno benar-benar sayangkan Melayu dan budaya Melayu kenapa paksa pelajar
Melayu berhutang? Kenapa biarkan rakan sejawat kamu sebarkan video lucah
termasuk tayangan percuma di TV yang mana kamu adalah menterinya?
Kalau
kamu sayangkan bangsa Melayu kenapa paksa belia-belia Melayu melihat tarian
k-pop yang separuh bogel? Bukan ini akan merosakkan akhlak anak-anak muda
bangsa Melayu?.Yang sebenarnya kamu dan rakan-rakan dalam Umno semuanya
hipokrit. Kamu lebih sayangkan
HARTA dan KUASA. Bagi kamu biar tergadai maruah asal jangan
terlepas KUASA !!
Oleh
: rahimothman
seperkara lagi..bukankah umno yang telah menderhaka pada raja2 melayu?
BalasPadam