Pukulan
maut kepada Umno oleh Umno !
Pukulan
terhadap Umno datang bertimpa-timpa, satu demi satu ! Terbaru,. tindakan Menteri Pengajian Tinggi
Dato’ Seri Khalid Nordin nak membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar baru
Unisel dan Kuis mendapat tentangan banyak pihak termasuk dari kalangan Umno
sendiri. Inilah yang dikatakan senjata makan tuan !
Menteri
ini bukan saja telah menjatuhkan imejnya sendiri, tetapi juga imej Umno, sebuah
parti tua yang semakin dibenci oleh sebahagian besar orang Melayu. Ada lagi
beberapa contoh yang lain, dimana Pemimpin Umno membuat kenyataan-kenyataan
yang tidak selari atau bertentangan antara satu sama lain. Semuanya ini menjadi
pertanda bahawa Umno akan tersungkur pada PRU-ke13 nanti.
Terlalu
banyak isu atau musibah yang dihadapi oleh UmnoBn sekarang ni,.. ia ibarat
penyakit kanser tahap 4, sukar untuk
dipulihkan! Tindakan bodoh Khalid Nordin
telah menjadi pemangkin kepada kejatuhan Umno.
Jika Najib masih berhasrat hendak meneruskan perjuangan partinya dalam
mempertahankan Putrajaya,..walaupun bertongkatkan dagu,. rasanya sia-sia saja!
Jadi,
kepada presiden Umno merangkap presiden BN,
Dato’ Seri Najib Tun Razak dan seluruh kabinetnya, bersiap-siaplah untuk
meninggalkan Putrajaya. Bersedialah pula untuk menjadi pembangkang di parlimen
dan kalau bernasib baik, Najib mungkin
layak diangkat menjadi ketua pembangkang. Jangan resah atau gundah gulana
kerana kerusi ketua pembangkang juga mulia dan bermaruah,. sebagaimana telah
diduduki oleh DS Anwar Ibrahim.
Dalam
pada itu wahai DS Najib !! berfikirlah panjang-panjang ! dan banyak jenak
(bukan sejenak). Imbau kembali apakah kesalahan dan dosa-dosa besar yang UmnoBn
telah lakukan sebelum ini. Kemudian cuba
ubah atau perbaiki, kalau boleh, buatlah sesuatu yang lebih baik dari kerajaan
Pakatan Rakyat. Jika dizinkan Allah mungkin Bn boleh menang semula dalam PRU
ke-14, ke-15 atau seterunya !!
Oleh
: rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan