Rabu, 6 Jun 2012

Setiap yang baik dari PR, Umno kata,…jangan sokong


Sejak mula memerintah negeri Selangor, Pakatan Rakyat bertekad mahu  merakyatkan ekonomi negeri Selangor, yakni mengagihkan keuntungan secara adil -  Umno Selangor kata, jangan percaya!, Pakatan Rakyat menipu !
Kerajaan Selangor nak beri air percuma kepada seluruh rakyatnya. Umno Selangor kata -  jangan percaya, mustahil PR boleh buat!

Kerajaan Selangor beri bantuan khas kepada warga emas, khairat kematian percuma dan tubuhkan TAWAS (tabung warisan anak Selangor) -  Umno Selangor perlekeh, jauh sekali untuk  menyokong. Banyak lagi bantuan dan kebajikan yang telah diberi oleh kerajaan Pakatan kepada rakyatnya namun Umno Selangor tetap kata,.. jangan percaya, jangan sokong.  
 
Pemimpin Umno mengajak rakyat berfikiran bodoh dan kuno macam mereka, tetapi. mujurlah orang Selangor bersikap dinamik, berfikiran terbuka, dan mahukan perubahan!

Sudah empat tahun Umno Selangor terlepas kuasa dari tangan,  kini mereka terkapai-kapai, macam anak babi tercampak dalam sungai. Semasa mereka memerintah dahulu, mereka berlumba-lumba mengisi temolok sendiri. Mereka mabuk  mengumpul harta dan kekayaan,.  sampaikan Menteri Besar mereka tercekik kerana tertelan wang rasuah yang begitu besar pun mereka masih belum sedar !  Masih ingin merayu,  agar rakyat Selangor memberikan mereka kuasa sekali lagi.

Kerajaan Pakatan Rakyat  wajar berterima kasih kepada UmnoBn Selangor kerana perbuatan-perbuatan buruk merekalah telah menyebabkan Pakatan Rakyat menjadi sebuah kerajaan yang terbaik, telus dan bersih. Lihatlah kestabilan dan kekukuhan kerajaan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Dan telah diakui, Selangor dan Pulau Pinang menjadi negeri yang terbaik dan terkaya di Malaysia.

Terbaru,. kerana mahukan yang telus dan bersih,..maka  Kerajaan Selangor bercadang nak buat soal selidik berhubung soal pengundi dan pengundi baru di Selangor, supaya yang kurang jelas diperjelaskan,  yang tidak bersih mahu dibersihkan! .  Yang ini pun orang kuat Umno Selangor kata (gambar) ….rakyat Selangor jangan layan!   Punya le bebal hati Umno,  buruk dan busuknya tak berkesudahan!  

Sahlah sikap Umno selama ini!,.. mereka suka yang haram,  suka yang mungkar, suka yang tidak bersih (kotor!) Apa saja bentuk kebaikan dan kebajikan,  mereka tentang!  Jadi, kepada seluruh rakyat negeri Selangor, ayuh!! buatlah keputusan yang tepat. BERIKAN UNDI ANDA KEPADA PAKATAN RAKYAT !

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan