Selasa, 12 Jun 2012

Antara dengki, cemburu dan marah Dr Mashitah !

Menjadi seorang ustazah, ulamak malah Mufti sekali pun, tetapi selagi mereka berjuang di bawah payung Umno sebuah parti sekular, selagi itulah kenyataan-kenyataan mereka sering berbau Umno. Maksudnya mereka terlalu ghairah menafikan kebenaran dan kelikhlasan pihak lain – sebagai contoh PAS yang sejak dulu lagi memperjuangkan Islam secara total,  memperjuangkan Islam for all,..mereka tuduh PAS parti sesat, Islam yang diperjuang oleh PAS juga sesat !!  Umno yang sememangnya telah lama sesat mereka tidak pernah peduli.
 
Tulisan Dr Mashitah di Sinar Harian baru-baru ini, jelas cuba nak mempertikai dan memperlekeh keikhlasan Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang berdakwah secara santai dan bersahajanya.. Yang Dr Mashitah tak senang hati atau marah sangat pada Ustaz Azhar ni kenapa? Ini yang penulis tak faham !
Takkan lah kerana beliau menyokong perjuangan PAS yang mahu menegakkan Islam maka Mashitah membiarkan diri dirasuk rasa dengki dan marah?  Kenapa tak pertikaikan Dato' Harussani mefatwakan himpunan BERSIH itu haram, sedangkan hakikatnya perjuangan bersih itu suci dan murni? Kenapa tak pertikai Najib, Shabery Chik dan Khairy yang sama-sama meraikan tarian k-pop yang penarinya berpakaian separuh bogel?

Mari kita lihat,.. ini diantara komen Dr Mashitah yang kemungkinan besar ditujukan kepada Ustaz Azhar Idrus.         Kuliah yang dibawa oleh UAI menimbulkan sindrom keliru dikalangan orang ramai,…  UAI tak layak berdakwah tanpa tauliah,..… Untuk berdakwah seseorang itu (maksudnya UAI) tidak boleh menyanyi atau bermain alat muzik,….... tak boleh berseloroh sepanjang ceramah –  macam Raja Lawak le pulak,..katanya.   Dan lebih dahsyat lagi Dr Mashitah mendakwa UAI menghalalkan perkara yang haram serta menyeru pengikutnya berbuat kerosakan.  Teman tak pernah dengar pulak UAI menghalalkan yang haram,..melainkan orang Umno yang biasa buat begitu. Begitu juga Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan. Fatwa mereka mesti menguntungkan Umno.  (sepatutnya Jawatankuasa Fatwa Umno Kebangsaan – itu lebih tepat).  

Jelas sekali sindiran Dr Mashitah kepada Ustaz Azhar Idrus amat keterlaluan. Dia lupa yang UAI telah membuat kejayaan besar menarik kaum muda mendekati agama. Stail UAI berceramah dalam loghat Tengganu tak perlu dipertikaikan !  Gaya beliau berseloroh, menarik!, semula jadi, sebagaimana kebiasaan orang Tengganu,..bukan dibuat-buat.  Mungkin itu anugerah dari Allah.  Justeru Dr.Mashitah tak perlulah merasa cemburu, dengki atau marah. Sifat buruk dan buruk sangka itu eloklah dibuang jauh-jauh. 

Peringatan buat Mashitah : Kalau rasa diri tu tak mampu buat seperti mana UAI telah buat,  lebih baik anda buka saloon kecantikan saja ! Ajak dan ajar generasi muda bagaimana nak tutup rambut, bagaimana nak hias diri dan yang paling penting !,.. bagaimana cara nak cabut bulu kening !! 

Oleh : rahimothman

2 ulasan:

  1. minah sekor nih lagi busuk dari bangkai anjing dan babi.

    BalasPadam
  2. mashitah ni dah tak ketahuan akibat terlalu taksub dgn umeno be end.sebab tu la dia buat kenyataan yg sgt gila babi.balik la mashita oii ke landasan Islam sebenar.senoga Allah bagi taufik dan hidayah pada dia.Insyaallah.

    BalasPadam