Isnin, 11 Jun 2012

Rakan baik Umno pun bangang macam Umno

Menurut Dr Mahathir ahli-ahli Umno tidak ada lagi yang cerdik-cerdik melainkan yang bongok-bongok belaka ! Ini disebabkan mereka sekat orang bijak pandai masuk Umno,..kerana takutkan jawatan-jawatan utama akan dimonopoli.  Akhirnya berbanggalah Umno memiliki ahli-ahli yang “ngok” belaka. Begitulah cerdiknya orang Umno. Ingatkan habis disitu saja,…

Rupa-rupanya rakan baik Umno dari PPP juga baghal macam Umno. Presiden PPP salah satu komponan BN berkata,  banyak pihak akan merasa takut untuk turun mengundi jika penggunaan dakwat kekal dilaksanakan, terutama wanita cantik ! Penggunaan dakwat kekal, seolah-olah kita undur kebelakang atau kembali ke zaman batu,..katanya.  
Kesiaaann dia ni !!  Oleh kerana terlalu cerdik, semua technology modern dikatanya baik. Penggunaan dakwat kekal tak sesuai, remeh dan tak boleh menipu !!!  Itu sebenarnya yang SPR mahu termasuk dirinya!..Masakan dia tak tahu bahawa banyak juga technology modern  yang boleh melakukan penipuan,..Wang palsu boleh menipu melalui technology modern,  gambar boleh menipu,.. video lucah boleh menipu!! Malahan seribu satu macam penipuan boleh dibuat melalui technology modern.

Ini diantara kata-kata lucu dan bangang Presiden PPP
"Gadis-gadis cantik dengan kuku mereka yang dirias rapi, mereka tidak akan keluar dan mengundi. Adakah mereka akan menyembunyikan jari yang dicalit dakwat kekal selama tiga bulan dari teman lelaki mereka?" kata Kayveas secara berseloroh,  semasa di Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan petang kelmarin. Kenyataannya ini walaupun berseloroh,  tetapi jelas memperlihatkan kebangangan beliau.

Oleh : rahimothman.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan