Jumaat, 8 Jun 2012

Nizar vs Sultan Johor : Sah,.PDRM ikut telunjuk Umno !!


Akhir-akhir ini kecoh pasal isu Nizar dan Sultan Johor. Dato’ Seri Nizar Jamaludin bekas menteri Besar Perak kononnya telah menghina dan menderhaka kepada  sultan Johor.

Beliau sebenarnya hanya memberi pandangan atau komen di twiternya tentang ketidakwajaran sultan berbelanja sebanyak RM520,000 semata-mata untuk memenangi bidaan nombor WWW1 .

Yang peliknya polis tidak mengambil apa-apa tindakan kepada akhbar Kosmo yang telah terlebih dahulu memberi kenyataan atau mesensasikan berita itu sebelum Nizar memberikan komennya.  Bayangkan !  dalam tempoh hampir dua bulan, akhbar Kosmo  telah memainkan isu ini termasuklah dua daripadanya gambar kartun. Kesemuanya seolah-olah membuat sindiran terhadap Sultan,  namun tidak langsung diambil peduli oleh PDRM.  PDRM bagaikan gulungan yang tak pernah membaca surat khabar, melainkan twiter.

Ini menggambarkan PDRM mengambil tindakan secara berpilih-pilih. Sikap memilih bulu ini memang sudah lama berlaku dalam PDRM dan polis jangan menganggap orang ramai pekak atau buta. Orang ramai tahu polis sering berpihak kepada Umno,  orang ramai juga tahu bahawa Kosmo adalah milik Utusan dan Utusan pula milik Umno. Sampai bila polis mahu membiarkan Umno mencucuk hidung mereka?  sehinggakan polis tidak mampu bertindak  mengikut kewarasan sendiri !.

Polis seharusnya melaksanakan tanggung jawabnya untuk seluruh rakyat Malaysia,.bukan untuk Umno. Adalah tidak adil hanya bertindak terhadap Dato’ Seri Nizar, sedangkan Kosmo dibiarkan memainkan isu ini semahu-mahunya. Berlaku adillah wahai polis Malaysia,..jangan sampai rakyat Malaysia melebelkan polis Malaysia sebagai polis Pak Turut !  Mengganas macam singa!  Membodohkan diri macam lembu!
Sedarlah!  bahawa ketidakadilan itu satu kezaliman !!

Oleh rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan