Isnin, 4 Jun 2012

Mamat Jelobu ni mahu Anwar jadi Gentlemen?


Buta ke,. pekak badak? menteri yang hanya pandai cakap ni?
Rais anak Yatim mamat dari Jelobu ni, rupa-rupanya buta celik dan pekak badak, sebab itu dia tak tahu apa yang berlaku dikelilingnya. Anwar kena pukul semasa dalam penjara dia tak tahu!   Kawan-kawan Anwar ditahan bawah ISA dan dibelasah dia tak tahu!  Penyokong-penyokong Anwar dilanyak polis dalam demonstrasi dia tak tahu. 

Setelah Anwar hari-hari dilanyak luar dan dalam,.. tiba-tiba hari ini Rais menjadi seorang manusia yang sangat mengetahui apa akan berlaku. Anwar katanya nak rampas kerajaan secara paksa!  Anwar akan menggunakan kekerasan untuk mengambil alih Putrajaya.  “ Itu tak wajar ! Jadilah pemimpin yang gentlemen” katanya.  Nampaknya kenyataan beliau sama macam kenyataan  Mahathir dan Muhyiddin baru-baru ini. Dah tak ada idea nak cakap lalu di ciplaknya idea orang lain! walau pun idea orang lain itu sebijik macam kartun!  Itu sajalah tahap mentaliti pemimpin Umno. 
 
Dalam kepala mereka sarat dengan cerita-cerita rasuah, penyelewengan kuasa, bagaimana nak menipu,.  bagaiman nak cepat kaya dan yang paling penting juga ialah bagaimana mencipta fitnah, termasuk cerita liwat dan cerita video seks lucah!

Wahai anak yatim! Menteri yang dah bakar jambatan Pulau Pinang kemudian padam balik!  Kenapalah kamu jadi pekak dan buta dalam celik?.  Satu Malaysia,  malah satu dunia tahu siapa Anwar. Dia seorang pemimpin yang sangat berkarisma, dia sememangnya  sudah teramat gentlemen kalau nak dibandingkan dengan seluruh pemimpin Umno. Gentlemen macam mana lagi yang kamu mahu?  Adakah kalian meneruskan cerita-cerita busuk tentang Anwar itu gentlemen?, Adakah terus menyimpan dendam kepada orang yang kena fitnah itu gentlemen?

Kerabat-kerabat Anwar dalam PAS dan DAP juga rasanya cukup gentlemen. Selama ini yang tidak gentlemen dan nampak pondan ialah Najib dan kesemua pemimpin Umno. Pondan-pondan Umno inilah yang menyebabkan parti Umno dan BN semakin lemah, lembik dan tersungkur!!  Kalau Umno dah arwah nanti, agak-agaknya ilmu pengampu si Rais ini  boleh jalan lagi ke?

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan