Bersih 3 “haram” bukan FATWA tapi NASIHAT ,.. pulak dahh !!
Selepas hampir sebulan fatwa haram itu dimainkan
media arus perdana pro Umno, barangkali
kerana terlalu malu diketawakan oleh rakyat,
tiba-tiba Parlimen diberitahu kelmarin, bahawa
kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan tempoh hari bukanlah FATWA, tetapi NASIHAT ! ,… pulak dah ! !,.. Begitulah
penjelasan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim
di Dewan Rakyat petang kelmarin.
Mashitah berkata demikian sebagai jawapan balas
kepada ucapan penangguhan oleh Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim yang
mendakwa fatwa tersebut membawa kekeliruan kepada rakyat.
Apa-apa pun
rakyat Malaysia cukup-cukup faham tentang feel pemimpin Umno. Dari Perdana
Menterinya sampailah kepada menteri-menteri,
badan-badan NGO pro Umno mahupun
Majlis Fatwa sendiri! Apabila mereka nak
membuat kenyatan atau keputusan, mereka ikut sedap mulut dan hati, akhirnya kenyataan itu bersifat flip flop ! Pagi
cakap lain,. petang cakap lain, namun mereka
tak pernah serik atau rasa malu !
Ini sekadar beberapa contoh,… Misalnya,.. Najib pernah kata,.. boleh buat
himpunan BERSIH 2 di stadium, tetapi kemudian tarik balik ! Hishamudin pernah kata,.. tak ada masaalah “BERSIH
3” nak berhimpun di Dataran Merdeka, kemudian dalam senyap-senyap dia tarik
balik. AUKU kononnya nak dihapuskan sepenuhnya, akhirnya bagai digantung tak
bertali ! PPSMI janji nak dihapuskan ,
tapi masih tertangguh-tangguh! PTPTN
konon nak dibekukan, kemudian ditarik
balik. Memang, cakap orang Umno susah nak percaya !
Oleh
: rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan