Rabu, 6 Jun 2012

Jalan terakhir Umno,.. timbulkan rusuhan !!


Itulah maksud disebalik kata-kata pemimpin mereka
 
Kita akan pertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekali pun (maknanya walaupun bertumpah darah) – itu kenyataan Najib tak berapa lama dulu.  
Pembangkang akan buat kacau bilau jika  kalah dalam PRU ini – kata Mahathir
Pembangkang akan timbulkan pertumpahan darah kalau kalah – kata Muhyiddin
Pembangkang akan tuntut kemenangan dengan cara kekerasan. - kata Rais Yatim
Pembangkang mungkin cetus huru-hara – kata Hisyamudin

……………Kita tunggu!, pasti akan ada lagi yang meluahkan kata-kata sebegini!..Gerak-geri dan lengguk mereka sama !, macam sekumpulan itik pulang petang,.. satu masuk kolam, semua terjun, satu naik kedarat semua ikut !!   Ada pula sesetengah pemimpinnya sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi,..kecuali menunggu saat dan ketika Umno dikapankan!!

Kasihannn!  Mereka gelisah dan ketakutan yang amat sangat. Mereka sendiri sudah dapat rasa mereka akan kalah dalam PRU ke-13 nanti. Jadi kenyataan-kenyataan mereka yang kedengaran  senada itu,  seolah-olah menyeru orang Melayu khasnya Umno agar bersedialah untuk berperang/ bertumpah darah!.

Seandainya  mereka menang dalam PRU nanti, mereka akan bersorak, kalau mereka kalah, sekurang-kurangnya mereka sudah bersedia untuk melakukan sesuatu yang tentunya akan menimbulkan ketegangan dan kacau-bilau. Inilah yang mereka mahu!   Ini lah maksud kata-kata Najib dalam satu perhimpunan tak lama dulu,.. yang berbunyi …”Kita akan pertahankan Putrajaya walau dengan APA CARA SEKALI PUN”  Dan akhirnya apabila rusuhan berjaya mereka lakukan,.. akta dharurat  akan menjadi senjata terakhir mereka untuk mempertahankan kuasa. 

 Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan