Jumaat, 1 Jun 2012

Zaman Singapura dilanggar todak dah berlalu !!

Kecuh satu Malaysia,.. yang buat kecuh faham-fahamlah ! siapa lagi kalau bukan orang-orang Melayu kuno yang berjiwa Umno, termasuk bloger dan media pengampu. Semuanya gara-gara teguran bekas menteri Besar Perak Dato’ Seri Nizar Jamaludin kepada Sultan Johor yang membazir berbelanja wang sejumlah RM520,00.00 semata untuk memenangi bidaan nombor pendaftaran kereta WWW1.

Menurut Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak tak kiralah sama ada baginda menggunakan wang rakyat atau wang dari poketnya sendiri, perbuatan itu tetap membazir. Sebagai pemimpin,.tak kira.menteri, raja atau sesiapa saja,  amalan membazir patutlah dielakkan. 
 
Dr .Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis dalam satu kenyataannya  menyifatkan teguran Nizar itu wajar,.. ia bukan satu penderhakaan seperti yang didakwa sesetengah pihak. Nabi yang mak’sum pun boleh ditegur,  inikan pula manusia biasa!

Tidak wajar isu ini diperbesarkan,  namun media pro Umno seperti biasa pasti tak melepas peluang! Menghentam dan mengutuk pembangkang adalah wajib sebagai tanda  ketaatan kepada tuan mereka Umno,  lebih-lebih lagi  musim pilihanraya sudah terlalu dekat!

Pihak berkuasa juga sama, Disaat inilah mereka bertindak cepat dan cekap,.. mereka seolah begitu ghairah untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang, berhubung isu ini. Alasan mereka mudah – menderhaka atau melanggar akta hasutan, satu akta lapuk yang sentiasa digunakan oleh pemerintah untuk menyekat suara pembangkang!

Bercakap pasal derhaka atau menghina raja/ sultan, kalau nak dikira orang Umnolah yang banyak melakukannya,  tetapi tidak diambil tindakan. Contoh,.. Anwar Musa pernah cuba menggulingkan sultan Kelantan,.. orang Terengganu pernah mengejek sultan mereka binatang !  dan banyak lagi.  Apalah sangat teguran Nizar kepada Sultan.

Apa kerajaan Umno nak buat terhadap Nizar, nak hukum? Nak buang negeri/  atau nak campak kelaut?  Belajarlah dari sejarah masa lalu !  Takkan kisah “Singapura dilanggar todak” nak diulang kembali?  Cukuplah Hang Nadim seorang dicampak kelaut,..kononnya berdosa kerana memberi pendapat yang bernas!  untuk menyelamatkan negaranya!   Ini zaman kemajuan, zaman manusia semakin bertamadun,.. bukan zaman dulu-dulu lagi. Zaman Sultan zalim,.. sultan bodoh, sudah berlalu !!!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan