Menurut
bekas Menteri Penerangan, Zainudun Maidin atau lebih lebih dikenali dengan
Zam,.. punca atau penyebab utama Umno menjadi lintang pukang sekarang ini ialah
Khairy Jamaluddin. .
Menurutnya
lagi, tindakan Khairy dan rakan-rakannya dari tingkat 4 semasa Pak Lah (Pak
mertuanya) menjadi Perdana Menteri dulu telah menyumbang kepada ketidaktentuan
politik dalam parti dan juga keruntuhan kepada asas-asas ikatan perpaduan
negara yang diletakkan oleh pemimpin terdahulu. Demikian tulis beliau dalam
entri blognya, www. zamkata.blogspot.com yang bertajuk, “ Khairy
hanya boleh jadi PM pada hari tuanya” semalam.
Teman
tak berapa setuju dengan pendapat Zam ini. Apa yang teman nampak sumbangan
Khairy dalam keruntuhan Umno sekarang ini mungkin 20% saja. Banyak lagi sebab-sebab lain! antaranya faktor Mahathir. Bekas PM yang gila
dengan projek-projek mega ini mungkin menyumbang 60%,. besar tu !, di mana bermula dengan tindakan Mahathir memfitnah dan memecat
DS Anwar Ibrahim, lalu tertubuhnya PKN, sekarang PKR dan diikuti oleh terbentuknya
Pakatan Rakyat . Selebihnya 20% lagi mungkin disebabkan oleh sikap fanatik pemimpin-pemimpin
Umno, dan tak kurang penting juga adalah
ketidakrelevannya dasar Umno itu sendiri ketika ini.
Oleh
: rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan