Sumber
: Sharp Shooter
Seorang
Kerabat Diraja Negeri Sembilan,(gambar) anak saudara kepada Almarhum Tuanku
Ja’afar, mendedahkan bahawa Almarhum pada suatu malam pernah menerima ugutan
dalam telefon oleh seorang menteri kanan Umno disekitar tahun 1993. Ketika itu Almarhum adalah Timbalan Yang Dipertuan Agong. Ugutan tersebut berhubung kait dengan isu - Pindaan perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu. Sudah tentu ugutan bermaksud yang Raja-raja jangan membantah ! Menurut Tunku Harny Tunku Hanan lagi, beliau mengetahui hal itu juga melalui panggilan telefon oleh Almarhum pada malam tersebut.
Wow !!, berani dan kurang ajarnya menteri Umno pada ketika itu. Kalau tak silap penulis waktu itu adalah era Mahathir dan di zaman itu lah popularnya slogan “Malaysia Boleh” Maka apa-apa saja Umno boleh buat mengikut selera mereka. Imunity & kuasa Raja-raja mereka tarik, tanah rizab Melayu mereka kikis, harta negara mereka rompak dan faraid,... macam-macam lagi.
Alangkah
baiknya kalau nama menteri yang membuat ugutan itu didedahkan. Biar orang-orang
Umno sendiri tahu,.. biar rakyat umum juga tahu, bahawa budaya ugut dan samseng
itu telah wujud lama dalam parti Umno !!
Oleh
: rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan