Sudah
begitu lama bekas exco pemuda Umno, Tamrin Ghafar anak kepada allahyarham Tun Ghafar Baba bekas timbalan
perdana menteri ini menyepikan diri dari Umno. Walaupun masih menjadi ahli
Umno, beliau tidak segan bergerak aktif dalam ceramah-ceramah Pakatan Rakyat
dan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.
Setiap
kali dia berucap di atas pentas Pakatan Rakyat dia menyatakan kekesalannya
kerana Umno telah jauh menyImpang dari perjuangan asal, malahan membuat perkara-perkara mungkar yang telah
menjatuhkan imej Umno. Akhirnya beliau
menyeru kepada seluruh ahli Umno agar segera meninggalkan perjuangan parti itu.
Walaubagaimana
pun masih tertanya-tanya dihati kita,.. Kenapa sampai saat ini Umno masih tidak
berani mengambil apa-apa tindakan terhadap Tamrin?, Tamrin pernah mencabar Umno
dengan mengatakan beliau tidak hairan
sebarang tindakan dikenakan ke atasnya. Beliau rela dipecat selagi
perjuangannya ikhlas untuk menegakkan kebenaran
dan keadilan bersama-sama Pakatan Rakyat.
Dipecat
oleh Umno kerana menegakkan keadilan jauh lebih baik dari dibelai oleh Umno dengan berbagai janji atau
kebendaan dan dalam masa yang sama maruah bangsa dan agama tergadai !. Fahaman kolot, jumud dan kuno yang ada dalam
diri Umno wajib dibuang sebenarnya !
Fahaman ekstrim Umno bahawa Melayu tak boleh hidup tanpa Umno, juga boleh dicampak jauh-jauh. Ini bukan lagi
zaman Pak Pandir, zaman Pak Kadok atau
zaman Lebai Malang dalam cerita penglipur lara Melayu
Waktu
ini sesungguhnya orang Melayu masih ada pilihan!.Pilihan yang terbaik ialah
bersama PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Kepada orang Melayu, bukalah mata dan hati seluas-luasnya.
Lihatlah keupayaan Pakatan Rakyat mentadbir Kelantan, Kedah Pulau Pinang dan
Selangor dengan jayanya !!
Oleh
: rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan