Ahad, 17 Jun 2012

Tegur sultan agar jauhi amalan syaitan,.. derhaka?


menzahirkan ketaatan pula tak kena tempat !  

Semenjak negara diperintah oleh UmnoBn masih ada sebahagian orang-orang Melayu tidak mengenali maksud “derhaka” terutama dalam kontek hubungan dengan sultan atau raja-raja Melayu. Bagi mereka derhaka bukan saja apabila rakyat  menentang perintah atau perbuatan raja!  bahkan menasihati raja melalui tulisan sekalipun  dikatakan derhaka!. Dalam kamus Umno dan Melayu kuno,..tuduhan derhaka begini adalah biasa !

Ini yang berlaku di Johor apabila Dato’ Seri Nizar Jamaludin dituduh derhaka, walhal beliau hanya menegur keterlanjuran seorang pemimpin yang berbelanja sehingga mencapai RM520 juta semata-mata untuk memiliki plat WWW1. Rakyat jelata sebenarnya masih ramai yang hidup susah,..jelajahlah kesegenap pelusuk negeri, tentu akan terjumpa keluarga miskin termasuk yang hidup dhaif
 
Alangkah nikmatnya orang miskin jika wang sebanyak itu diagih-agihkan kepada mereka, tetapi ini tidak berlaku. Yang berlaku ialah penerusan amalan hidup syaitan! (membazir). Bayangkan wajarkah,wang RM520 ribu untuk satu plat kereta? berbanding harga kereta yang tak sampai RM90 ribu? Nampak sangat janggal dan lucu!,..Boleh jadi  mungkin diperingkat awalnya pihak yang berkenaan ingin membeli kereta yang berharga RM1 juta,.tetapi terbantut, lalu menukarkan kepada kereta buatan Malaysia yang jauh lebih murah. Bersemangat patriotik lah konon!!. Maka tenggelamlah cerita pembaziran !,  kah !  kah!  kah! sempat lagi mereka bermain wayang kulit !

Tegur menegur kejalan kebaikan sangat dituntut
Kalau keterlanjuran sultan yang sekecil ini tak boleh ditegur, bagaimana pula kalau mereka terlibat dengan rasuah? Terlibat dengan jenayah? seperti membunuh atau memukul hamba rakyat dengan sesuka hati, sebagaimana yang pernah berlaku satu ketika dulu? Dan akhirnya tidak mustahil satu masa nanti negara akan kembali kezaman silam, zaman sultan boleh menghukum tanpa bicara, sultan boleh membunuh atau mencampak rakyatnya kelaut !.

Kepada rakyat Johor yang terlalu fanatik dan kepada akhbar-akhbar pro Umno !  tak perlulah memperbesar-besarkan isu ini. Ia bukan isu jenayah, juga bukan isu dehaka!  cuma isu ini sengaja di spin oleh Umno untuk kepentingan politik mereka. Mereka buat-buat lupa soal pokok !  Soal pokok yang ingin diketengahkan oleh bekas MB Perak dalam hal ini  ialah isu pembaziran, sekali gus melibatkan agama juga.  Takkanlah teguran berhikmah Dato’ Seri Nizar di laman twiternya itu dianggap menderhaka !  Lucu dan memalukan !.

Menunjukkan ketaatan tak kena tempat !
Beribu rakyat Johor bangkit mengangkat sepanduk kononnya nak mempertahankan sultan mereka.  Bersungguh-sungguh benar mereka seolah-olah maruah sultan mereka sudah tercemar habis. Sultan bagaikan sudah ditelanjang oleh Nizar walhal baginda masih gah,segak dan bergaya. Teguran Nizar sebenarnya tidak menjadi kudis pun. Rakyat Johor sepatutnya  berbangga kerana sultan mereka kaya-raya dan telah pun menonjolkan kekayaannya,  tetapi cara rakyat Johor menunjukkan ketaatan kepada raja tidak wajar dan tak kena tempat. Tindakan rakyat Johor ini sudah tentu akan meninggikan lagi ego sultannya

Isu plat kereta bukanlah isu besar sebenarnya !  Ada lagi isu yang lebih besar,..Kenapa dalam isu pulau Batu Putih mereka diam? Kenapa isu penjualan pasir ke Singapura mereka membisu? Begitu juga isu Jambatan Bengkok dan banyak lagi !! Kenapa mereka tidak berarak ke istana atau di jalan raya untuk mempertahankannya.? Terbaru,.isu seorang peguam rakyat negeri Johor lari keluar Negara kerana terlalu takut setelah diugut bunuh oleh kerabat diraja Johor. Apa pula respon atau tindakan rakyat Johor dalam isu ini?.

Nasihat kepada Nizar  :  Kalau Dato’ dato’ Mufti pun hanya dianggap macam daun pisang pembungkus nasi lemak untuk hidangan sultan,, apa sangatlah dengan teguran rakyat biasa,  tak mustahil teguran itu akan berakhir  kelubang jamban !!  Justeru kepada sesiapa pun termasuk Dato’ Seri Nizar,..lain kali tak usahlah cuba-cuba hendak menasihati sultan, yang seluruh kehidupan mereka ditanggung oleh kerajaan Umno. Kuasa untuk menerima atau menolak teguran rakyat masih dipegang oleh Umno !  melainkan kalau Umno tumbang dalam PRU ke-13 nanti.

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan