Ahad, 10 Jun 2012

Benda2 pelik dibawah UmnoBn,. lebih2 lagi era Najib,…

 

1
Umno meletakkan Raja-raja Melayu dan YDP Agong sebagai ketua agama Islam,  tapi adakah mereka peduli setakat mana amalan dan ketaatan raja dalam hukum-hakam Islam?
2
Seorang Perdana Menteri Islam dibolehkan mengutuk dan memperlekeh sunnah nabi
3
Pas yang memperjuangkan dasar Islam dikatakan sesat,. Umno yang mengagongkan Asabbiyah, dasar penjajah dan Yahudi dikatakan terbaik.
4
Orang yang membuat fitnah disanjung,  orang yang kena fitnah dihukum dan dimalukan.
5
Menantu seorang PM boleh syer kuasa dengan Perdana Menteri,  kadang2 kuasa menantu itu lebih besar.
6
Seorang Menteri (kini PM) boleh terlibat dengan pembunuhan kejam wanita warga Mongolia bernama Altantuya, dan pihak Imigresyen boleh dengan sewenang-wenang memadam rekod kemasukannya.
7
Polis, sesuka hati boleh tembak orang macam tembak babi hutan, walaupun status orang disyaki belum pasti.
8
Perdana Menteri perintah Negara  ikut telunjuk bini…  Itu boleh buat,.. ini jangan buat!!
9
Isteri Perdana Menteri dibenarkan gila berbelanja, mabuk shoping dan hidup mewah, rakyat disuruh berjimat.
10
Speaker dewan negeri boleh diangkat dan diheret keluar secara paksa dan sesuka hati,  kerana hendak mengganti speaker yang baru.
11
Sebuah stadium yang kononnya sangat gah dan hebat, menelan belanja RM300 juta lenyap sekelip mata,.. baru setahun digunakan, tiba-tiba runtuh.
12
Dua orang yang sedang disiasat SPRM tiba-tiba terjun dari bangunan SPRM lalu mati,  dan SPRM tidak mengaku merekalah puncanya.
13
Pemimpin Islam Umno berbangga apabila menyokong rakan sejawat mereka dari MCA  menghina Islam.
14
Pemimpin dan balaci Umno menghadiahkan replika taik kepada seorang ketua menteri yang bukan beragama Islam tetapi sangat menghormati Islam..
15
Setelah 54 tahun merdeka, Pemimpin Umno termasuk professor kangkungnya mengistiharkan,.. rakyat dan negara Malaysia tak pernah di jajah.
16
Pemimpin dan balaci Umno berebut-rebut bersumpah untuk menunjukkan mereka benar, tetapi hakikatnya mereka membuat fitnah untuk mengaibkan seseorang.
17
Menteri dan keluarganya menyalahguna wang rakyat RM250 juta untuk projek lembu, dengan membeli kondo-kondo mewah tetapi menteri itu dibebas tanpa sebarang dakwaan.
18
Media Umno, RTM & TV3  dibolehkan menyiar rakaman video seks lucah untuk tatapan umum termasuk kanak-kanak & remaja.
19
Menteri dibolehkan mengguna wang zakat untuk tujuan menentang Qazaf yang mahu ditegakkan dimahkamah Syariah.
20
Rakyat tak mintak, tiba-tiba Najib kasi RM500 kepada individu berpendapatan kurang dari RM3,000.
21
Perdana Menteri mengajak rakyatnya mengamalkan konsep “Wasatiyah” tapi beliau sendiri mengamalkan cara hidup melampau,  membazir dan menuju kesesatan.
22
Pemimpin Umno tak tahu mengenali antara BERSIH dan KOTOR, akhirnya yang bersih mereka kata kotor.
23
Kereta Polis tunjuk berani -  dengan sengaja merempuh sekumpulan  peserta BERSIH 3,.. mujur tak ada yang mati.
24
Bekas KPN  sanggup menuduh  seorang ulamak disegani TG Nik Aziz sebagai “bapak kafir”
25
Menteri Pengajian Tinggi tiba-tiba jadi bengang dan nak bekukan PTPTN,..tetapi bila terasa malu, tarik balik ugutan. 

Mungkin ada lagi,,..yang saya terlupa atau terlepas pandang,.. tak salah kalau nak tambah !!.

……………………………………………………………………….

oleh : rahimothman



2 ulasan: