Penyanyi
tersohor Sharifah Aini ingin menyertai PAS?
Kalau berita ini benar, tahniah
diucapkan kepada Sharifah Aini. Begitulah
hendaknya hidup kita ini, bermula dengan sifat-sifat jahiliah dan berakhir
dengan Islam. Jangan sekali-kali bermula dengan Islam dan berakhir dengan
jahiliah !
Kalau
berita ini benar, bertambah seorang lagi artis Melayu beragama Islam yang
bercita-cita murni untuk berdakwah dan mengembangkan syiar Islam, melalui parti
Islam seMalaysia PAS. Nampaknya sekarang
ini semakin ramai individu-individu Melayu termasuk artis sudah sedar bahawa
zaman takut dan taksub kepada Umno sudah berakhir ! Zaman memuja yang palsu harus dikuburkan!
Kepada rakan-rakan artis yang lain, yang masih mabuk dengan dunia glamour dan sentiasa terdedah dengan seribu satu macam kemaksiatan, diharap renung-renunglah jauh kedalam diri. Apakah kemegahan dan glamour seorang artis itu boleh membantu kehidupan sebenar diakhirat nanti?. Tak salah menyara kehidupan dengan menjadi artis, tetapi jadilah seorang artis yang beriman dan bertaqwa!
Oleh
: rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan