Tak
terlibat proses pemberian,..menyalahguna wang bagaimana?
Kelmarin Pengerusi
Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Hadenan
Abdul Jalil berkata, pihaknya mendapati Shahrizat yang tidak terlibat dalam
proses pemberian projek bernilai RM250 juta kepada syarikat NFC milik suaminya… Aduhhh! Leganya ! mungkin begitulah kata suara hati Dato’ Seri Shahrizat Jalil.
Kalau
SPRM dan kerajaan Najib nak paksa juga rakyat percaya bahawa Shahrizat tak
terlibat dalam proses pemberian projek lembu bernilai 250 juta itu kepada
suaminya,. ok tak apa lah ! Rakyat
masih boleh terima yang Shahrizat tak lerlibat !! tetapi mengapa pula SPRM tak sebut siapa yang
terlibat? Peranan menteri yang berkenaan bagaimana? termasuk peranan PM ?.
Tetapi
satu lagi persoalan penting meragukan orang ramai ialah,…setelah suami
Shahrizat dapat projek itu lalu menyalahgunakan wang tersebut dengan membeli
kondo, tanah, itu dan ini yakni
menyimpang dari projek lembu,.. apakah itu pun Shahrizat tidak tahu dan tidak terlibat?
Setiap muslim semestinya
kenal dosa pahala, halal dan haram
Wajarkah
duit yang diberi oleh kerajaan untuk menternak lembu, dibelikan kondo dan
lain-lain perkara yang tiada kaitan dengan lembu? Bukankah itu satu bentuk penyalahgunaan wang
rakyat? Tidakkah Shahrizat dan keluarga tahu, itu juga satu penipuan? dan salah disisi
undang-undang?
Mungkin
Shahrizat terselamat dari dakwaan yang beliau terlibat dalam proses pemberian
projek, tetapi mungkinkah beliau selamat
dari tuduhan terlibat sama menyalahgunakan wang projek tersebut. Penafian
Shahrizat yang dia tidak terlibat dengan projek lembu suaminya adalah agak lucu
dan tidak masuk akal. Shahrizat, suami dan keluarga tinggal sebumbung,. maka mana
mungkin beliau tidak tahu atau tidak mengambil tahu langsung hal ehwal kekuarga ! Membiarkan suami dan anak berbelanja sakan dengan
hasil penipuan wang rakyat adalah
menggambarkan sikap tidak jujur, tidak amanah dan tidak bertanggung jawab?
Meletak
jawatan menteri yang disandang memang satu tindakan yang wajar, tetapi keputusan
Shahrizat mahu mengekalkan jawatan ketua wanita Umno pula amatlah tidak wajar. Ikan
yang busuk di kepala pasti akan merebak kebadan dan ekor. Justeru kenapa Umno tidak
melihat perkara ini sedalam-dalamnya? atau barangkali Umno sudah kepupusan
pemimpin?
Dalam
hal penyelewengan wang projek NFC yang melibatkan keluarga Shahrizat ini,
sepatutnya Shahrizat atau suami mesti memulangkan balik wang rakyat yang telah
disalahguna itu. Kerajaan UmnoBn wajib menuntut kembali wang tersebut,.. janganlah
kerana nak menyelamatkan kroni isu ini cuba disenyap dan dilenyapkan. .
Oleh
: rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan