Khamis, 14 Jun 2012

Apa peranan Umarak dan ulamak di Malaysia?

Di Malaysia ulamak mesti tunduk kepada  umarak (pemimpin),.. kalau tidak,  mereka akan dihukum atau diambil tindakan. Begitulah malangnya masyarakat Islam di malaysia. 

Sepatutnya ulamak memandu pemimpin kearah jalan yang benar dan diredhai Allah!,  barulah negara akan selamat, maju dan sejahtera. 

Ada ramai ulamak di negara ini,  tetapi kebanyakannya lebih mementingkan harta dan wang ringgit dari memperjuangkan kebenaran Islam. Ada mufti, dicucuk hidung  oleh pemerintah (Umno).  Ada Majlis Fatwa, dipaksa meletakkan sesuatu hukum atau fatwa mengikut kehendak sang pemerintah. Ada pula ketua agama atau penaung bagi agama Islam seperti Raja dan Sultan,..tak nampak sangat  apa peranan mereka !  Cara hidup raja-raja ini pula sesetengahnya mengamalkan cara hidup melampau,  kadang-kadang rakyat jadi keliru dan kurang pasti !,  setakat mana ketinggian ilmu dan ketaatan mereka kepada hukum-hukum Islam!

Berbalik kepada hal ulamak. Kebanyakan ulamak atau mufti  mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri apabila sesuatu kemungkaran dilakukan oleh pemerintah. Mereka lebih sanggup menjadi syaitan bisu daripada membuat teguran. Dan yang lebih malang lagi ialah apabila mereka turut bersekongkol dengan pemerintah yang melaksanakan kerja-kerja mungkar!

Hari ini apa yang pasti,  moral orang Islam terutama anak-anak remaja teruk sekali. Masaalah  sosial menjadi-jadi,…pergaulan bebas lelaki perempuan, perbuatan rogol dan zina,  buang anak dan sebagainya bagai sudah tidak terkawal lagi. Masaalah dadah usah ceritalah!  Pusat serenti banyak dibina, namun penagih semakin bertambah, bukan semakin kurang.

Kenapa ini berlaku? Semuanya kerana kecuaian kerajaan yang dipimpin oleh Umno.  Mereka tidak mahu melaksanakan hukum dan dasar-dasar Islam. Masih mahu mengekalkan system sekular, masih gila dengan dasar kapitalis!  Umno lebih mementingkan kemegahan dan kemewahan !, hiburan dan keseronokan !  Itulah masaalahnya!

Bagi mereka dunia lebih penting dari akhirat.  Islam bagi mereka sudah memadai dengan sifat luaran saja !  ibarat sebuah buku yang kulitnya saja yang cantik,  isinya tak ada nilai macam padi sambang, nak buat sekam dan dedak pun tak boleh.!  Apa nak jadilah dengan negara ini. Semoga Allah membuka hati seluruh rakyat Malaysia – untuk menukar sebuah kerajaan yang baru !  BUKAN BN !  lagi.

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan