Budaya kita
atau bukan,. tapi orang Umno dah buat pun,..
Debat Anwar vs Najib - Ketika ditanya oleh wartawan selepas mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara petang semalam, Najib berkata,..
“Debat bukan budaya kita. Yang penting sekali
rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.
"Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya,"
"Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya,"
Sudah
begitu lama cabaran ini dibuat, baru
sekarang nak jawab? Itupun setelah Rais
Yatim umumkan bahawa parti pembangkang akan
diberi peluang untuk berkempen di media / tv. Rupa-rupanya selama ini Najib tercari-cari
apakah alasan yang sesuai untuk diberikan kepada Anwar dan wartawan !!
Apa-apa
pun, dengan kenyataan Najib ini sahlah
bahawa Malaysia mempunyai seorang perdana menteri yang sangat-sangat
penakut. Najib hanya berani berhujjah
dalam media cetak dan tv sahaja. Di
sanalah beliau dengan muka selamba memutarkan lidahnya memberi berbagai alasan bagi
menyelamatkan dirinya. Untuk berdebat
dengan Anwar?,.oh tidak ! seribu kali
tidak ! Mampus,.. beliau takkan berani!
Berbalik
kepada alasan Najib - “Debat bukan budaya kita”,.. Kita nak tanya Najib!,.. Adakah menayangkan video
lucah kepada media dan umum itu budaya kita?
Adakah mengacau dan membaling batu dalam majlis ceramah pembangkang itu
budaya kita? Adakah menunjukkan tarian
punggung di depan rumah orang bukan Islam itu budaya kita? Kenapa semua ini orang Umno sanggup lakukan? Budaya kitakah ini?
Berlainan
pula dengan aktiviti debat ! Kalau pun asalnya
bukan budaya kita, tetapi kita sudah membudayakannya ! Ini kenyataan, hakikat
dan kebenaran yang tak boleh disangkal lagi.
Najib mesti akui! tetapi
malangnya Najib malu nak mengaku! Contohnya
aktiviti debat di sekolah, pertandingan debat antara universiti peringkat
kebangsaan ! Apakah Najib tidak mengetahui
semua ini?
Terbukti
sudah, Najib telah kehilangan punca
! Najib tak boleh kenal lagi antara yang
benar dengan tidak benar, antara yang
wajar dengan tidak wajar. Akhirnya beliau cuba nak menipu rakyat, namun rakyat awal-awal
lagi sudah tahu bahawa Najib telah diperbodoh dan ditipu oleh dirinya sendiri
! .
Oleh
: rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan