Dakwaan
oleh Khalid Samad, Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam, bahawa wujud cubaan
membeli pemimpin Pakatan Rakyat untuk
melompat parti adalah berat dan perlu bukti kukuh,.. demikian kata ketua puteri
Umno Dato’ Rosnah Abd Rashid.
Kenapa
dipersoalkan tuduhan itu berat atau tidak?
Lupakah mereka betapa banyaknya tuduhan-tuduhan jahat yang dilempar
kepada DS Anwar selama ini ? Ia sepuluh kali lebih berat kerana bersifat
fitnah! Siapa yang buat kalau bukan
Umno? Pernahkah pemimpin Umno terfikir
dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh?
Menurut
Ketua Puteri Umno itu lagi,.. rakaman
penuh video tersebut juga harus dibuktikan kesahihannya! Ek eleh!, bengap punya
sang puteri ! Bukankah mamat yang
terlibat dalam video itu sudah membuat pengakuan? Jadi, bukti apa lagi yang putri Umno mahu? Untuk pengetahuan puteri,..ini bukan lagi COBAAN
tahu? Ini benar-benar berlaku dimana wakil Pakatan Rakyat telahpun dibeli dengan
bayaran lumayan (jutaan ringgit). Orang yang pentingkan wang dan dunia pasti
tergoda, sebagaimana Zul Kulim, Zaharin, Gopala dan lain-lain.
Mamat kepala dalam video tu
memanglah tak mengaku Umno terlibat,..lebih-lebih lagi nama Najib, jangan
sekali-kali disebut untuk mengelak Umno mendapat malu!. Namun orang ramai tetap
tahu dari mana datangnya wang berjuta-juta kalau tidak dari Najib@Umno. Dari
mana pula Umno dapat wang,.sama ada sumbernya haram atau halal, itu jangan
dipersoal! Yang penting tabung gelap
Umno mesti sentiasa penuh! dan setiap
aktiviti mesti ada bayaran!
Kalau
mengajak anak muda hadir ke perhimpunan pun ada bayaran apa lagi kalau nak
melobi atau membeli pemimpin pembangkang !
Khabarnya bayaran untuk seorang pemimpin yang sudi melompat ialah RM2 juta, maka. sudah tentu si Mamat
tukang lobi juga mendapat bayaran yang cukup lumayan. Bab duit ini tak usahlah
Umno cuba nak menafikan!, Umno dengan duit ibarat ulat dengan bangkai ! tak dapat dipisahkan ! .
Oleh
: rahimothman
Kebatilan itu wujud dimana2 saja...sama juga dengan kebenaran...kebatilan itu berada ditepian jurang yg berjiran dgn syaitan...maka mereka yg munjunjung kabtilan inilah jiran syaitan...tapi jgn lupa bahawa, hidayah Allah itu ada bersama dgn orang2 yg disunglap oleh jiran syaitan... maka hati2lah jgn dibuta hati dan mata sekaligus...kerana tepian jurag itu amat berbahaya...ia tak dpt dilihat oleh mata kita...tapi dapat dilihat oleh mata hati dan keimanan kita terhadap syaitan jelemaan itu...
BalasPadam