Tegurannya
kpd Nik Aziz di Konv. media sosial Selangor baru-baru ini
1.
“Kalau ada orang menyimpang Nik Aziz lah yang paling
menyimpang !”
Anda silap, jangan banding Nik Aziz
dengan Dr Mashitah atau Jamil Khir !. Bandingkan Nik Aziz dengan Najib,. ,.baru
betul ! kerana Najib adalah Perdana
Menteri atau orang no.1 di Malaysia sedangkan Nik Aziz cuma menteri besar
Kelantan. Kelantan pula masih tertaaluk di bawah kerajaan pusat. Siapa yang
paling berkuasa, kalau bukan Najib? Maka orang paling berkuasa inilah (Najib)
yang telah menggunakan kuasanya untuk menipu rakyat dan membuat kerja-kerja
mungkar! Najib yang paling banyak menyimpang
bukan Nik Aziz.!
2.
“Berpegang teguh kepada tali Allah dan jangan berpecah
belah – Sebagai seorang ulamak dan
Mursyidul “Am PAS,.. apa Nik Aziz buat untuk satukan umat Islam di Malaysia”
Anda silap lagi ! Sepatutnya anda tanya,. apa Najib dah buat
untuk satukan umat Islam? Nik Aziz sudah pun melakukan yang terbaik dalam
menyatukan rakyat Kelantan selama 20 tahun pentadbirannya. Rakyat Kelantan hidup harmoni, tak pernah ada kekacauan! Agaknya Rais ada penyakit pekak badak,..atau buta celik atau kedua-duanya sekali !!
3. Kita
juga ingin menjemput (bertanya) beliau apa jadi dengan syor untuk
berpakat-pakat atau bertukar fikiran dengan Umno.
Umno ajak PAS
berpakat-pakat? Meluat orang PAS
mendengarnya! Memang Umno ni muka tak
tahu malu atau tak gheti bahasa! Hidung
tak mancung pipi tersorong-sorong !! Sudah beratus kali PAS menolak pelawaan tidak ikhlas Umno – di mana PAS pernah dibuli
dan ditipu. Orang yang cerdik tak boleh jatuh dua kali dilubang yang sama! Berpakat dengan orang bukan Islam yang tak
minum arak, lebih baik dari berunding
dengan orang Islam yang minum arak atau menghalalkan judi.
4.
“Agama dengan politik lebih baik agama didahulukan daripada politik,
tetapi apabila Nik Aziz mencamporkan
kedua-duanya ia mengelirukan. Saya yakin penduduk dan pemilih di negeri Kelantan
sudah keliru kuat dengan kerajaan pimpinan PAS”
Wah! wah ! sedapnya menteri bakar
jambatan ini berkata,…kononnya beliau bersetuju sangat agama didahulukan dari
politik! (tidak seperti Nik Aziz – politik didahulukan) Kenapalah pemimpin Umno ni bodoh sangat. Sudah
berbuih mulut pemimpin PAS bercakap yang politik dan agama itu tak boleh
dipisahkan. Dengan ada kuasa politik pun Umno tak boleh nak menegak dan
menghidupkan syiar Islam, apatah lagi kalau tak ada kuasa politik. Sebab itulah
PAS memperjuangkan kedua-duanya. Perjuangan politik PAS berlandaskan agama
tidak ada siapa yang keliru sebenarnya, melainkan Umno, termasuk Rais.
5.
“TG Nik Aziz janganlah terus-menerus menjadi orang asing kepada orang
Islam di Malaysia” Dengan
hujjah-hujjah di atas, penulis membuat kesimpulan,.. bahawa Rais
anak Yatim sebenarnya seorang menteri yang tak pernah jumpa cermin muka !, jadi tak hairanlah beliau tidak pernah
mencermin mukanya sebelum berkata-kata. Hakikat sebenar Nik Aziz bukan saja
amat disukai oleh rakyat Kelantan, bahkan seluruh rakyat Malaysia, termasuk orang bukan Islam. Yang bakal
menjadi orang asing bukan Nik Aziz,
tetapi Rais Yatim, Najib dan kuncu-kuncunya.
Oleh
: rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan