Dakwaan ini
serius,.. takkan pihak berwajib berdiam diri?
Seorang peguam telah diancam bunuh oleh kerabat diraja Johor semata-mata kerana tidak mahu menurut kehendak kerabat tersebut yang menyalahi undang-undang.
Mangsa,
kini difahamkan berada diluar negara untuk
menyelamatkan diri, namun rasa bimbang dan takut sentiasa menyelubungi dirinya
ekoran dari ugutan bunuh tersebut..Maklumat
terkini, .. keluarga peguam ini juga turut diugut dan diancam oleh pihak yang
mengugut. Kasihan nasib malang peguam muda ini ! Inilah akibatnya kalau tersilap memilih
kawan,..Akhirnya kawan makan kawan. Lebih malang orang yang mengugut itu
berdarah raja.
Sebagai
rakyat Malaysia yang perihatin, tentulah kita sangat bersimpati dengan peguam
ini. Khabarnya beliau telah berjaya membina sebuah perniagaan melalui syarikat
yang ditubuhnya sendiri beberapa tahun dulu,..kemudian syarikatnya telah turut dikongsi
oleh sang kerabat. Tak tahulah pulak
perkongsian itu atas dasar sleeping partner atau turut sama
mengeluar modal, wallahhualam !.
Membunuh
atau berniat untuk membunuh adalah satu kesalahan. Jika benar seseorang dari kerabat
diraja Johor membuat ugutan bunuh
terhadap mana-mana individu lain, tak
kira dari gulungan mana, perbuatan itu amat serius! Ini sudah melampau ! Apakah hak kerabat tersebut untuk memaksa
peguam muda ini melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang? lalu apabila peguam ini engkar, maka beliau
diugut bunuh?
Satu
ketika dulu kita pernah mendengar cerita dimana YDP Agong telah memukul seorang
rakyat biasa. Baginda kini sudah pun ke alam barzah. Juga kita pernah mendengar
kerabat diraja memukul seorang pemain hoki. Apakah mereka ini kalis undang-undang, sehingga
menyebabkan perkara begini terus berlaku. Dalam isu terbaru ini agaknya siapakah
kerabat diraja Johor yang dimaksudkan peguam muda ini? Kalau kita menyingkap dan menyemak kembali
sejarah sultan Johor, tentu akan dapat
jawapannya!.
Oleh
: rahimothman
INILAH MASANYA MAHKAMAH KHAS DIGUNAKAN. IA TELAH DITUBUHKAN, SAYANGNYA TAK PERNAH DIGUNAKAN. HANYA NAMA SAHAJA. IA PERLU DIUJI DENGAN MEMBAWA KE MAHKAMAH.
BalasPadam