Khamis, 28 Jun 2012

Cadangan AP Seri Gading, melampau!


Imuniti untuk berucap di parlimen telah disalah guna oleh AP Seri Gading Datuk Mohamad Aziz.
Cadangan pemimpin Umno ini ada unsur dendam dan perkauman. Beliau menuduh S Ambiga “pengkhianat” dan mencadangkan agar  Ambiga dihukum gantung!  Cadangan beliau ini sangat tidak wajar, dan amat keterlaluan. Cara pemikiran Mohamad Aziz tak jauh beza sangat dengan kepala Ibrahim Ali. yang sering membuat kenyataan berbaur perkauman. Ia jauh tersasar dari semangat 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh kerajaan BN pimpinan Najib.


Nampaknya semangat perkauman yang menyelubungi pemimpin Umno masih tebal . Apa pun alasanya yang menyebabkan mereka marah atau benci kepada S. Ambiga (pengerusi bersama “BERSIH”) ia tetap tidak boleh diterima oleh masyarakat umum. Kalau Mohamad Aziz berasa dirinya hebat sangat,. kenapa tak berani sebut atau libatkan nama Dato’ Samad Sasterawan Negara, Anwar Ibrahim dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat yang terlibat sama dalam himpunan BERSIH itu?  Kenapa hanya berani kepada seorang wanita berbangsa India? Sudah-sudah lah tu !  Zaman menyemarakkan semangat perkauman sudah berlalu ! 
 
Kepada YB Mohamad Aziz !  Ketahuilah bahawa tindakan Ambiga bukan bersifat individu,..sebaliknya ada ratusan ribu dibelakangnya.. berhimpun beramai-ramai semata-mata untuk menuntut ketelusan dan  keadilan. Keberanian Ambiga berdiri di barisan hadapan ialah untuk menyuarakan harapan seluruh rakyat Malaysia. Apakah itu dikatakan derhaka? Hai, bodohnya pemimpin Umno!!

Justeru  tindakan atau kenyataan YB Seri Gading yang mahu S Ambiga dihukum gantung, bukan saja memalukan pemimpin Umno, bahkan bangsa Melayu amnya. Ia  memberi gambaran ahli parlimen itu seorang yang tidak cerdik, dan berhati busuk!  Pemimpin yang sebegini memang suka rakyat Malaysia bergaduh sesama sendiri. Mujur sebahagian besar masyarakat India di Malaysia sudah semakin matang, lebih-lebih lagi setelah mendapat semangat perpaduan yang kukuh hasil tarbiah dari Pakatan Rakyat.

Suara jahat dan sumbang yang keluar dari mulut AP terbabit semestinya dikutuk,  jangan sekali-kali kita menyokongnya. Dan diharap cabaran seperti itu tidak melemahkan semangat Ambiga dan rakan-rakan seangkatan nya. Memperjuangkan hak, kebebasan dan keadilan memang sangat-sangat dituntut.  Membiarkan diri kita terus dizalimi itu bermakna kita rela menjadi rakyat yang bodoh !!!

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan